5.19PM [GMT +8]

Posted in: - 12 Comment
iAmirul - Aku Tak Mampu..

Kehidupan boleh diaplikasi dalam sebuah puisi
Adakah ini benar ??

Ramai orang kata, hidup ini tidak boleh diterangkan melalui kata-kata
Bila aku fikirkan balik
Aku percaya
Memang dengan kata-kata tidak cukup untuk menerangkan siapa kita..
Ada kalanya perhatian juga mampu menerangkan kehidupan kita
Tetapi
Dibalik semua ini
Hanya aku sahaja yang mengetahui siapa diri aku yang sebenar

Ada orang juga suka berkata pasal orang
kerana mungkin diri ni sudah sempurna
Orang lain tidak mempunyai kelebihan yang ku ada
Sebab itu ini terjadi

Diri orang itu pun tidaklah sesempurna mana
Siap balas cerita yang penuh dengan kolaborasi sendiri
Ayat yang dipusing-pusing menjadi bahan utama
Faktor menarik perbualan manusia
Disertakan ayat-ayat cuitan
Yang menjadi bahan tawa, hiba, dan girang
Membuatkan hubungan lebih erat
Kadangkala juga boleh membuatkan orang menderita

Dan sebenarnya..
Kehidupan boleh diaplikasi dalam apa jua cara
Bukanlah hanya dengan puisi semata-mata.
Tidaklah sama semua persepsi manusia

Jadi
aku tidak tahu siapakah diri aku yang sebenar.

Aku hanya tahu,
aku hidup didunia ini
hanyalah untuk bersujud pada yang maha esa
Tidak ada lebih daripada itu

Aku tidak mampu menciptakan kebahagian yang hakiki
Aku tidak mampu membuatkan seseorang bahagia
Aku tidak mampu membahagiakan diri aku dengan nikmat dunia
Sesungguhnya.. aku tidak mampu dalam melakukan semua
Jika tiada tuhan disisi..

Ditulis sambil menonton video di blog Yunalis.. :)

3.27am [gmt +8]

Posted in: - 3 Comment
Masa ni
aku saja menonton video FT Island sementara
dan sebelum tu
ada post status twitter
yg berbunyi
"membuat diri sedih di waktu pagi-pagi yang sunyi.."
agak la juga sebab masa ni tgh sembang je ngan kawan-kawan kat YM. dengan kawan yang aku selalu balik sama-sama masa sekolah dulu-dulu.. bersama Syamil Rihda..
then
kawan aku kat Yahoo! Messenger ada hantar mesej
"wei esok pgi kul9 dtg umah aku ek"
Bunyinya pelik.. tapi aku tanya dia la
dia memberitahu bahaya
mak dia sudah meninggal kira2 jam 12 tgh malam tadi
so
harap2 mak dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. mudah-mudahan
ameen..

Aku akhiri dengan puisi yang tak seberapa ni..

Dalam kita tengah gembira
Ada juga yang sedih

Kita tidak bisa mengubah keadaan ini
Kerana semuanya kehendak Ilahi

Kita harus menerima semuanya
Janganlah kita menderita walaupun dugaan sebesar lautan api
Biarlah kita menjadi lebih matang daripada dugaan yang diberikan tuhan
Agar kita kuat menempuhinya..

Contest Oh Kunci! by Arieza

Posted in: Lables: , - 8 Comment
Oh kunci....
Kita sudah lama ditakdirkan bersatu
Sepanjang masa
Kunci disimpan didalam beg, dompet dan poket
Tiap saat kau dihati
Membuat daku terfikir sejenak

Kunci..
kenapa kau bersamaku
sedangkan aku tidak suka padamu
namun hakikatnya
kita sering bersama
tidak kira suka dan duka
sakit, jerit pekik semua
Kita akan bahagia bersama

Kunci
kau telah mengurangkan kerisauanku padamu
kerana engkau telah memberi aku satu tanda
bahawa kau ini adalah penenang hatiku
terlupalah sejenak kisah dunia batinku
memikirkan dunia fantasi yang ku alami
bahawa indahnya hidup ini bersama engkau...
Engkaulah kunci hatiku... :)


[Tak bape logik tapi ok la ek. hehe.. hope mng la.. ameen.. Haha.. kalau Mia join.. aku pun nk join. hehe.]

Cubalah nasib.. mana tahu korang leh menang ke.. :)

>>> Jom Join Contest Oh Kunci! by Arieza!

.................

Posted in: - 4 Comment
Nenekku.
Atukku
Bapakku
Emakku
Adikku
Saudaraku
Kawanku

Semua punya misi yang sama didunia ini
Walaupun hanya pangkatnya yang tinggi
Dimata tuhanmu,
Semuanya sama,
Tidak ada yang berbeza..
Tidak seorangpun yang mampu mengubahnya...




[Entah la..]

12:58 done [GMT +8]

Posted in: Lables: - 12 Comment
Tengah malamku berasa sunyi
Aku hanya ditemani cahaya lampu terang, kipas yg membunyi dan komputer yang ku selalu guna
Membuka facebook disertai myspace, twitter, blogger dan gmail
Tidak ada siapa-siapa pun menemani aku
Akan bertambah sunyilah lagi tengah malamku

Hanya CPU, monitor dan keyboard menjadi tempat luahan perasaanku
Yang kadangkala tidak menentu
Yang selalu mengikut arus melalui saluran yang tak tentu
Membuatkan ku buntu

Jadi
Aku mencari
Mencari jalan yang akan membantu aku
Supaya aku sentiasa tidak mencari-cari
Apa yang aku impi

1.21 AM [GMT +8]

Posted in: Lables: - 9 Comment
Sorrow, that beat your lies...
Terigt aku kat Late Jimmy "The Rev" Sullivan.
Pemain drum yang laju ni ha..
agak menarik la laju
but kalua nk dibandingkan
drum metallica lagi best
Avenged Sevenfold just lebih daripada gitar je..
Lol.. xD
_____________________________________________________________________________________

Nah. itu mukadimah je..
Buat apa aku nak cite pasal tu
just dengar lagu dorang dah ok dah..
Tak payah lebih-lebih sangat
Duit tak masuk pun...
Kalau masuk memang berbaloi..
Berbaloi-baloi..

Poem Random lagi:

Tengah malam
Waktu semua orang tidur
Tapi ada yang tak tidur
Ada yang melakukan kerja, ada yang berfoya-foya, dan ada yang gi clubbing
Membuatkan dunia ini sentiasa tidak sunyi diwaktu tengah malam

Melahirkan rasa kebimbangan kepada orang yang kerja tengah malam
Terutamanya Pengawal Keselamatan
Yang sangat risau akan keselamatan penduduk
Banyak kes berlaku pada waktu ini
Ada yang sanggup memasang alat penggera keselamatan
Supaya mereka lebih berhati-hati apabila berada di rumah

Tapi,
Kecurian masih terjadi

Apa Ini ???

Sudahlah wahai manusia
Jangan Engkau dibutakan dengan harta dunia
Kerana harta dunia tidak dibawa mati
Jadi.. Berubahlah
_____________________________________________________________________________________

Haha. dah la.. poem random aku ni.. kalau someone ada tajuk.. beritahu je kat chatbox atau comment.. jgn risau.. :)
Peace..

Passed by...

Posted in: - 0 Comment
Haha..
yo
ni ada berita menarik utk Peminat Milo
Milo Fuze ada wat contest.
cuba la join

http://apps.facebook.com/milofuze/?_fb_fromhash=c5661194ddd1e0a5d8d058ecfd2935ff

itu utk kat facebook
ada game
sapa dpt skor tertinggi
dpt la hadiah
so.. tgk2 je la.. join sekali..
good luck..

Copyright © 2010 Nothing Interesting All rights reserved. Powered by Blogger .

Design by themetraffic. Blogger Template by Anshul | Funny Pictures.